Tuesday, October 27, 2015

Road Not Taken (part2)

Assalamulaikum,


Tarikh : 30 & 31 Januari 2015
Tempat : Dewan Az-Zamakhsyari (SAM Hulu Langat)

Alumni SAM Hulu Langat Batch 2010 telah manganjurkan suatu program yang diberi nama Road Not Taken (RNT) di SAM Hulu Langat Bt 10 Cheras (SAMTEN). Program ini telah dianjurkan dengan kerjasama Alumni SAM Hulu Langat Batch 2009 dan 2011, dan Persatuan Alumni SAM Hulu Langat. Program ini bertujuan untuk membantu adik-adik di SAMTEN dalam memilih laluan dan bidang selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Program ini merupakan kesinambungan daripada RNT 1 yang telah dijalankan pada tahun 2013 di surau SAMTEN.


OBJEKTIF PROGRAM

a) Membantu adik-adik tingkatan 4 dalam memilih laluan selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
b) Berkongsi pengalaman tentang membuat keputusan untuk memilih universiti, kolej, matrikulasi dan lain-lain.
c) Memberi pendedahan kepada para peserta untuk berfikir secara kritis.
d) Memberi pendedahan terhadap laluan yang akan di pilih selepas tamat persekolahan agar para pelajar dapat memilih dengan jelas dan tepat berdasarkan minat dan bukan kerana ikutan semata-mata.
e) Merapatkan hubungan di antara bekas pelajar dan pelajar di SAMTEN (Junior dan Senior).

Penutup:



Program RNT 2.0 merupakan kesinambungan daripada RNT 1.0 yang juga menggunakan konsep dan tujuan yang sama untuk membantu adik-adik di SAM Hulu Langat sebagai sumbangan daripada pihak Alumni SAM Hulu Langat membantu pihak sekolah. Insya Allah, program seperti akan diteruskan pada masa hadapan dengan penambahbaikan yang akan dilaksanakan. Jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi peluang ini untuk menjalankan program seperti di SAM Hulu Langat. Jutaan terima kasih juga kepada pihak kaunseling yang banyak membantu dalam menjayakan program ini.
Terima kasih kepada pihak Alumni SAM Hulu Langat yang sudi memberi sumbangan kepada pihak penganjur untuk menjalankan program RNT 2.0 ini. Jutaan penghargaan kepada para fasilitator yang sudi mengorbankan masa mereka untuk menjayakan program ini. Akhir kalam, “Kita Bantu Agama Allah, Allah Akan Bantu Kita”.

(SYAHMI BIN SULEIMAN)
Pengarah Program,
Alumni SAM Hulu Langat Batch 2010,