Sunday, March 8, 2015

Bantuan Pasca Banjir



Segala puji bagi Allah tuhan yang menjadikan seluruh alam ini. Solawat dan Salam atas jumjungan besar Penghulu Kami Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarganya, sahabatnya dan mereka yang mengikuti jalannya.




Alumni SAMTEN dengan dibantu oleh bekas-bekas pelajar batch 1995 & 1997 telah mengadakan program Bantuan Pasca Banjir, Bacaan Yassin & Solat Sunat Hajat untuk misi bantuan mangsa-mangsa banjir di kawasan Pantai Timur. Setelah membuat beberapa penjumpaan & perbincangaan dengan wakil ALUMNI iaitu YDP Saudara Hairul dengan wakil bacth 1995 & 1997 telah bersetuju untuk menjayakan program ini & serahan sumbangan tertumpu di Temerloh, Pahang pada 23 Januari 2015 sehingga 24 Januari 2015.

 A) Program pertama:
i. Bacaan yasin dan solat hajat.
ii. Pengumpulan barangan dan wang tunai.


Tarikh                    : 10 Januari 2015 (Sabtu)
10.00 am               : Ketibaan bekas-bekas pelajar
10.30                    : Taklimat ringkas oleh wakil Alumni
11.00 am               : Bacaan Yassin & Solat Sunat Hajat diketuai oleh  Hj. Ust.Mohd Zaid Napis       
       bertempat di surau SAM Hulu Langat
       Pengumpulan barangan dan tunai bemula
1.18 pm                : Solat Zohor
1.45 pm                : Jamuan makan secara potluck
5.30 pm                : Bersurai
 Pada hari ini sejumlah barangan telah dihantar ke SAM Hulu Langat dan jumlah tunai yang terkumpul pada hari tersebut ialah sebanyak RM560.00

B) Pengagihan barangan.
Pada 23Januari 2015, semua yang terlibat berkumpul di SAM Hulu Langat selepas solat |Jumaat. Kerja-kerja pemunggahan barangan ke dalam kenderaan yang melibatkan 3 buah Hilux dan 1 buah lori 3 tan oleh mereka yang terlibat seramai 11 orang.
Sebelum bertolak, Ust. Hamzah Husin telah sudi memberikan kata-kata semangat, membacakan doa seterusnya melepaskan konvoi bantuan.
Konvoi ini telah sampai ke Mentakab pada jam 7.30 mlm dan disambut oleh keluarga saudara Kamal Mohd Nor. Selepas menghilangnkan dahaga, peserta konvoi telah dibawa meninjau beberapa kawasan banjir di sekitar temerloh bagi membuat persiapan pengagihan barangan pada esok harinya.
penginapan malam telah disediakan oleh keluarga saudara Kamal.

24 Januari 2015, tepat jam 7.30 pagi konvoi telah menuju ke kawasan-kawasan banjir untuk menyerahkan bantuan.
Agihan barangan berakhir jam 530 petang. 
Semoga Allah menerima sumbangan tuan-puan dan kerja amal kita ini semua.


di Sediakan oleh
Zariz B. Mahyudin
Pengarah Projek.





















No comments: