Wednesday, November 12, 2014

Perlawanan Bola Sepak Persahabatan '95 vs '97

Alhamdulillah, semalam telah berlangsung satu perlawanan bola sepak persahabatan di antara batch '95 vs batch '97 di padang  SAM Hulu Langat selepas waktu solat Asar berjamaah di surau sekolah

Kehadiran bekas pelajar dari kedua-dua batch dianggarkan hampir 50 orang. 
Pada perlawanan ini menyaksikan batch '97 menang dengan jaringan 4 berbalas 1. Satu perlawanan yang baik ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan. 
Selepas perlawanan tersebut, kedua-dua belah pihak telah menganjurkan kutipan derma  bagi mengisi kantung Persatuan Alumni SAM Hulu Langat. Hasil dari kutipan adalah seperti berikut:
Tunai - RM1,063.00
Cek   - RM 1,000.00Jumalah - RM 2063.00

Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada wakil Persatuan yang hadir selepas perlawanan.
Pihak persatuan alumni mengucapkan syabas dan tahniah di atas usaha yang dijalankan oleh kedua-dua batch. InsyaAllah segala usaha yang dijalankan akan dibalas oleh Allah dengan setimpal ganjaran.
Persatuan alumni juga mengalu-alukan mana-mana batch yang ingin menganjurkan sebarang aktiviti seperti sukan, kem motivasi, kem ibadah dan sebagainya untuk berurusan dengan pihak persatuan. InsyaAllah, pihak persatuan akan memberikan sokongan padu kepada mana-mana batch yang ingin menjalankan aktiviti seperti di atas.
Untuk makluman, segala kemudahan yang digunakan seperti surau, asrama, tandas dan pandang telah dimohon melalui surat yang dikemukakan oleh persatuan kepada pihak sekolah dan diluluskan. 
Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada yang telah berusaha, yang bermain dan yang memberikan sokongan dan juga kepada penyumbang.

































kredit kpd : Yazri Modan Johari, Roza Lin, Zariz Idlan, Hazrulfikra Hamzah








No comments: