Thursday, December 12, 2013

Jualan Amal (Pelekat Kereta)






الحمد لله
Aktiviti pertama alumni bagi sesi 2013/2014.




Jualan Amal Pelekat Kereta
Sepertimana yang dijanjikan.  Tempahan bagi pelekat kereta untuk persatuan alumni Sekolah Agama Menengah Hulu Langat adalah dibuka.
Harga,kaedah pembayaran dan penghantaran adalah seperti berikut:

1 keping berharga RM10 ( semua keuntungan masuk tabung persatuan)
Harga pos bagi semenanjung RM 6.00 (pos laju)
Harga pos bagi Sabah/Sarawak RM10.00 (pos laju)
Berat maksimum adalah 500 gm. Jadi digalakan beli secara banyak@pukal (pakat dengan kawan-kawan), jadi perlu bayar harga pos sekali sahaja. Segala pembayaran melalui akaun alumni seperti tertera dalam group/blog.
Selepas pembayaran dibuat harap dapat tunjukkan bukti pembayaran kepada saya di haba_kl@yahoo.com. Sertakan sekali nama dan alamat pos.


InsyaAllah, pelekat kereta adalah seperti gambar dibawah. Segala kemusykilan boleh hubungi saya melalui telefon di talian 016 - 4433 787
Pelekat dalam proses cetak. InsyaAllah akan siap pada Selasa (16 Disember 2013). 
Penghantaran akan dibuat pada 23 Disember 2013.

Saiz pelekat 3"x 10" (gambar pelekat yang dicetak  atas kertas A4 tu adalah actual size)

Jom pakat beli... Jom pakat bantu persatuan... Jom pakat bantu sekolah kita... Pasti bekas guru berbangga dengan kita...

No comments: