Thursday, September 23, 2010

Sambutan I'dulfitri - Jalinan Mesra I'dulfitri 1431H

السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته

Jalinan Mesra I'dulfitri 1430H


Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Alumni Sekolah Agama Menengah Hulu Langat akan mengadakan majlis sambutan I'dulfitri dengan tema Jalinan Mesra I'dulfitri. Butiran lanjut mengenai majlis tersebut adalah seperti dibawah:

Tempat : Sekolah Agama Menengah Hulu Langat
Tarikh : 23 Syawal 1431 H bersamaan 2 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa  : 1.45 ptg - 5.00 ptg
Bayaran : RM20.00 (anak-anak dibawah 12 tahun -percuma)

Tawaran istimewa - 70 bekas pelajar yang membuat pembayaran awal akan menerima cenderahati.

Sila sahkan kedatangan anda sebelum 29 September 2010 (Rabu) bagi memudahkan urusan tempahan makanan.

Kaedah pembayaran :
1. 'Bank-in' bayaran ke dalam akaun persatuan - No akaun 162384828015 (maybank)
2. Cetak dan simpan slip pembayaran (sebagai bukti) untuk dikemukakan semasa membuat pendaftaran
3. Selepas pembayaran dibuat, sila sms nama, jumlah bayaran dan bilangan anggota ke telefon bimbit bendahari di nombor 019-8478430 (cik Azlina).
4.Bagi sesiapa yang hendak membuat pembayaran terus kepada mana-mana AJK juga boleh dilakukan.Senarai AJK boleh dilihat pada entry sebelum ini dalam blog alumni ini.

Segala perubahan akan dimaklumkan melalui blog ini dan Facebook persatuan
Segala pertanyaan boleh hubungi saya.

Tentatif Majlis

1.45 ptg - pendaftaran
2.00 ptg - ketibaan guru-guru dan VIP
2.15 ptg - Ucapan Pengerusi Majlis
              - Ucapan Pengarah Program
              - Ucapan Wakil Guru
              - Bacaan Doa
              - Jamuan/aktiviti sampingan
4.00 ptg - Sesi fotografi
5.00 ptg - Bersurai






2 comments:

erma said...

terbuka untuk semua ker?>...kalau tiba2 x dpt dtg walaupun dh bayar...

abufawwaz albakri said...

yup... terbuka untuk semua bekas pelajar...
persatuan alumni ini ialah persatuan yang rasmi bagi semua bekas pelajar, tak kira batch mana...
kalau dah bayar tapi tak dapat datang?... kira sedekahkan jer kat persatuan.. insyaAllah duit2 yang didermakan kepada persatuan akan diinfaqkan kepada membantu sekolah, ahli persatuan dan pelajar2 samten...