Thursday, September 23, 2010

Majlis Perjumpaan Bekas Pelajar Batch 1990







Majlis ini telah berlangsung pada bulan Ogos 2010 di SAM Hulu Langat. Terima Kasih kami ucapkan kepada wakil batch 90 iaitu sdr Zulhawari kerana sudi menjemput wakil AJK persatuan untuk merasmikan majlis reunion tersebut. Semoga ikatan ukhwah kalian akan Allah pereratkan lagi.

Sambutan I'dulfitri - Jalinan Mesra I'dulfitri 1431H

السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته

Jalinan Mesra I'dulfitri 1430H


Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Alumni Sekolah Agama Menengah Hulu Langat akan mengadakan majlis sambutan I'dulfitri dengan tema Jalinan Mesra I'dulfitri. Butiran lanjut mengenai majlis tersebut adalah seperti dibawah:

Tempat : Sekolah Agama Menengah Hulu Langat
Tarikh : 23 Syawal 1431 H bersamaan 2 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa  : 1.45 ptg - 5.00 ptg
Bayaran : RM20.00 (anak-anak dibawah 12 tahun -percuma)

Tawaran istimewa - 70 bekas pelajar yang membuat pembayaran awal akan menerima cenderahati.

Sila sahkan kedatangan anda sebelum 29 September 2010 (Rabu) bagi memudahkan urusan tempahan makanan.

Kaedah pembayaran :
1. 'Bank-in' bayaran ke dalam akaun persatuan - No akaun 162384828015 (maybank)
2. Cetak dan simpan slip pembayaran (sebagai bukti) untuk dikemukakan semasa membuat pendaftaran
3. Selepas pembayaran dibuat, sila sms nama, jumlah bayaran dan bilangan anggota ke telefon bimbit bendahari di nombor 019-8478430 (cik Azlina).
4.Bagi sesiapa yang hendak membuat pembayaran terus kepada mana-mana AJK juga boleh dilakukan.Senarai AJK boleh dilihat pada entry sebelum ini dalam blog alumni ini.

Segala perubahan akan dimaklumkan melalui blog ini dan Facebook persatuan
Segala pertanyaan boleh hubungi saya.

Tentatif Majlis

1.45 ptg - pendaftaran
2.00 ptg - ketibaan guru-guru dan VIP
2.15 ptg - Ucapan Pengerusi Majlis
              - Ucapan Pengarah Program
              - Ucapan Wakil Guru
              - Bacaan Doa
              - Jamuan/aktiviti sampingan
4.00 ptg - Sesi fotografi
5.00 ptg - Bersurai






Friday, August 13, 2010

Jawatan Kuasa Persatuan sesi 2010/2012

Berikut ialah senarai nama mereka yang telah dipilih pada Mesyuarat Agong Persatuan Alumni Sekolah Agama Menengah Hulu Langat Kali Ke-2 untuk menganggotai AJK.

Yang Dipertua               : Ust. Mohd Amin Bin Hussin
Tim Yang Dipertua        : Sdr. Mohd Hairul Bin Abu Bakar
Setiausaha Agong          : Sdri. Sri Binti Mohd Ali
Naib Setiausaha Agong  : Pn. Rosniza Binti Din
Bendahari Kehormat      : Sdri. Azlina Binti Arifin
AJK                              : Ust Shahzihan Sham Bin Sabudin
                                       Sdr. Mohd Khairul Anwar Bin Hamzah
                                       Sdr. Asydi Bin Jamil
                                       Ust. Ahmad Khaliq Bin M Rasid
                                       Sdr. Muhammad Syafizie Bin Md Amin
                                       Sdri. Halijah Binti Osman
                                       Pn. Salina Marhamah Binti Shamsuddin
                                       Pn. Norfizah Binti Mahat
                                       Ust. Huzairi Bin Yusof @ Hj. Idris
                                       Ust. Mohd Sham Khairul Bin Mohd Pilus
                                       Ust. Fathur Rahman Bin Sahibon
                                       Sdr. Zariz Idlan Bin Mahyuddin

Juruaudit                       : Ustzh. Aspalela Binti Hassan
                                      Pn. Evawani Rahayu Binti Mohammad.

Semoga Allah memberi taufiq dan hidayah kepada semua yang telah dipilih.

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Kareem

السلام عليکم
اللهم أهله علينا باليمن والإيمان والسلامه والإسلام ربي وربک الله - الحديث
Ahli Jawatankuasa Persatuan Alumni mengucapkan selamat menyambut Ramadhan. Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk menggarap sebanyak mungkin pahala yang ditawarkan kepada orang yang berpuasa. Semoga Ramadhan tahun ini memberi sinar baru dalam kehidupan kita. 
Kurangkan Juadah Tambahkan Ibadah.

{ ‌ثلاثة لا ترد دعوهم : الصائم حتى يفطر والإمام العادل ودعوة المظلوم}
قال الترمذي : حديث حسن

Tuesday, July 20, 2010

Pergi tak Kembali

 السلام عليكم ورحمةالله وبركاته
Dukacita dimaklumkan bahawa YDP Persatuan Alumni SAM Hulu Langat, Tn. Hj. Mohd Amin Bin Hussin telah pergi menemui Rabbul Jalil pada tanggal 24 Rejab 1431 
bersamaan 7 Julai 2010.
Semoga Allah menempatkat Rohnya bersama dengan orang yang soleh.

Monday, June 28, 2010

Lawatan Ke China (Pakej Perniagaan)

 السلام عليكم 


Sukacita Persatuan Alumni SAM Hulu Langat ingin memaklumkan bahawa satu lawatan ke China bagi tujuan perniagaan akan diadakan pada April 2011. Tujuan lawatan ini adalah ingin memperkenalkan kepada bekas pelajar SAM Hulu Langat mengenai peluang-peluang perniagaan yang boleh dibawa balik ke Malaysia.

Berikut adalah butiran berkenaan dengan lawatan tersebut:

DELIGASI ALUMNI SAMTEN KE GUANGZHOU (RM 2,499.00)
6 – 10 APRIL 2011 (business pakej - 5H/4M)
6-April Day One
01:00 pm: Check In at LCCT
04:20 pm: Flight to Guangzhou
08:15 pm: Arrive at Baiyun International Airport
09:00 pm: Dinner at Restaurant Abdullah Qinghai
11:00 pm: Check in Hotel Zhuhai

7-April Day Two
Breakfast
Visit Nan Tien (Pusat barangan dapur/cadar/peralatan rumah/hotel)
Lunch at Danbar Liwan
*Visit to Chong San Pa Lu ( Pusat jualan borong pakaian kanak/kanak) / Visit to Cristal
Centre (Pusat Jualan Kristal)
Dinner Saba Restoran (Shia Be Lu) / Makanan Yaman
Back to Hotel

8-April Day Three
Breakfast
Visit Textiles and Silk at ZhongDa
Lunch at Restaurant Abdullah Qinghai
Visit Leather and bag at SanYuanLi
Dinner at Hui Min Restaurant
Pearl River Boat Ride
Back to Hotel / Rest

9-April Day Four
Breakfast
Visit Digital / Electronik centre at HaiYin
Lunch at Xinjiang Muslim Restaurant DongfungLu
Visit “One link International Toys and Gift Centre”
Dinner at Restaurant Rahman Beijing Lu
Shopping at Beijing Lu (Jalan/pusat membeli belah paling popular di Guangzhou)
Back to Hotel / Rest
Optional / Massage / Reflexsology

10-April Day Five
Breakfast
Own activities
Check Out Hotel
Moves to Airport
05:00 pm: Check In at Airport
12:00 am|: (11-April) Arrive In LCCT Kuala Lumpur Airport

Untuk tempahan, sila SMS
1. Nama
2. No Kad Pengenalan
3. No Pasport
4 .Tarikh Luput Passport

HARGA TERMASUK:
- Tiket penerbangan pergi balik
- Penginapan di hotel bertaraf 3 bintang
- Pengangkutan dengan kenderaan berhawa dingin
- Makan 3 x sehari ( MUSLIM MEALS )
- Pengurusan Visa
- Lawatan sebagaimana dalam aturcara
- Tipping kepada pemandu pelancong

HARGA: RM 2,499.00 (harga boleh digunapakai sehingga 14 MAC 2011 sahaja)

Untuk keterangan lanjut, boleh berhubung dengan saudara MUHD NAQIEUDDIN BIN NASARUDDIN di talian :013-778 4114 atau 07-521 6115 (pejabat)

Tuesday, May 4, 2010

Logo persatuan

LOGO 3



LOGO 2





LOGO 1

Diatas adalah antara logo-logo persatuan yang sempat direkaciptakan.... jadi kat sebelah ni ada undian, semua bekas pelajar dan ahli persatuan bolehlah membuat undian.

Sesiapa yang ada idea untuk mencipta logo untuk persatuan bolehlah menghantar karya ke email alumni.

InsyaAllah, pada mesyuarat agong tahun ini kita akan memilih logo untuk persatuan.

Monday, May 3, 2010

Notis Mesyuarat Agong Kali Ke-2

السلام عليکم


سوکچيتا دمعلومکن کڤد سموا اهلي ڤرساتوان ألومني سکوله اݢام منڠه هولو لاڠت، بهاوا مشوارت اݢوڠ تاهونن کالي ک-2 اکن داداکن سڤرتي برايکوت:

تاريخ : 14 رجب 1413 برسمأن دڠن 27

جون 2010 ﴿احد﴾
ماس : 9.30 ڤاݢي
تمڤت : ديوان ألزمخشري سکوله اݢام
منڠه هولو لاڠت

Versi rumi
sukacita dimaklumkan kepada semua ahli persatuan alumni sekolah agama menengah hulu langat, bahawa mesyuarat agong tahunan kali ke-2 akan diadakan seperti berikut:

tarikh : 14 rejab 1413 bersamaan dengan 27
jun 2010 (ahad)
masa : 9.30 pagi
tempat : Dewan Alzamkhsyari sekolah agama
menengah hulu langat


maklumat tambahan:

  1. sesiapa yang ingin masuk tender penyediaan makanan boleh menghantar 'quotation' kepada Bendahari melalui email persatuan. masakan tengahari dengan kadar berpatutan.
  2. Pihak AJK mengalu-alukan kepada ahli/sesiapa yang ingin menaja Banner boleh juga menghantar maklumat untuk dihubungi. Nama penaja /syarikat penaja akan dicetak bersama dengan banner tersebut.
  3. acara cabutan bertuah juga akan diadakan.
  4. yuran tahunan boleh dibayar pada hari tersebut
  5. pada tahun ini juga akan diadakan pemilihan AJK baru
  6. Sebanyak 10 gerai disediakan untuk ahli-ahli persatuan sewa, setiap gerai dikenakan yuran RM20.00. Saudara/i bolehlah mempromosikan perniagaan atau apa jua produk semasa mesyuarat sedang berlangsung, mana tau dapat business contact baru. tempahan melalui email alumni. siapa cepat dia dapat.
Jika terdapat maklumat baru pihak kami akan mengemaskini melalui blog ini, ان شاالله

Sebarang pertanyaan dan sumbangan boleh hubungi pihak kami melalui email persatuan.

Friday, April 30, 2010

Pertandingan Bowling

Assalamualaikum,

Satu pertandingan bowling anjuran Persatuan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 30 Mei 2010
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Metro Point Kajang

Yuran pertandingan sebanyak RM 25.00 termasuk sarapan pagi.
Tarikh tutup penyertaan pada 23 Mei 2010.

Segala pertanyaan boleh dinyatakan diruangan komen.

Tuesday, March 30, 2010

Perletakan Jawatan Setiausaha Agong

Assalamualikum,

Setiausaha Agong Alumni iaitu Cik Salizan Abd. Azizz telah meletakan jawatan pada bulan februari lalu. Sebab perletakan jawatan adalah disebabkan bertugas diluar negara (beijing China). Sebelum itu beliau merupakan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di MITI. Beliau telah berangkat ke Beijing pada awal Februari 2010.
Oleh yang demikian, jawatan setiausaha agong telah dipangku oleh saudara Khairul Anuar (penolong Setiausaha)

Ahli Jawatankuasa Persatuan Alumni Sekolah Agama Menengah Hulu Langat mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan dan jasa beliau dalam menggerakan aktiviti alumni. Semoga beliau mendapat ganjaran dari Allah Jalla wa 'Azza. Ahli Jawatankuasa juga mendoakan agar beliau selamat menjalankan tugas di perantauan.

Friday, March 5, 2010

mencari ustaz dan ustazah

Persatuan Alumni SAMten sedang mencari ustaz dan ustazah atau mana-mana lepasan SAMten yang boleh menyampaikan ilmu di surau samten. InsyaAllah YDP sedang berbincang dengan pihak sekolah untuk mengadakan kelas-kelas talaqqi untuk menambah ilmu-ilmu islam dikalangan pelajar-pelajar samten. sesiapa berminat bolehlah menghubungi saya di haba_kl@yahoo.com (sertakan biodata)