Thursday, August 13, 2009

Majlis Sambutan Aildilfitri

InsyaAllah, Jawatankuasa Alumni SAMTEN akan mengadakan Majlis Sambutan Aildilfitri Persatuan Alumni Sekolah Agama Menengah Hulu Langat 2009 pada 17 Oktober 2009 (28 Syawal), 8.30 malam di Dewan Azzamakhsyari, Sekolah Agama Menengah Hulu Langat.



Bersama kita eratkan ukhwah, bersama kita bermaaf-maafan, bersalam-salaman (eh macam lagu raya pulak!).

Majlis ini akan diserikan lagi dengan kehadiran guru-guru yang telah banyak mendidik kita.
Apa khabar mereka agaknya? Tidak rindukah kita dengan Cikgu Hasbollah (Cikgu Abol), Ustaz Hasmuri, Ustazah Jamaliah, Cikgu Zaini, Cikgu Rosmilah, Cikgu Zain, Cikgu Atifah, Ustazah Jamaliah, Ustaz Manaf, Ustaz Arsyad dan banyak lagi (kalau tulis satu persatu penuh blog ni,huhu)...masih terngiang-ngiang lagi suara mereka dalam sanubari, masih segar lagi ingatan mereka pada diri.

Apa khabar agaknya rakan-rakan kita?Rakan-rakan satu kelas, satu batch, satu dorm, kawan yang sama-sama fly (ops!). Berapa orang anak mereka? Dah berumahtangga ke, belum? Banyak persoalan yang ingin kita tanya betul tak?

Mungkin ada ketidakpuasan hati antara kita yang perlukan penjelasan, penerangan, huraian?
Hmm, buang yang keruh ambillah yang jernih. Lupakan sengketa lama.

Apapun kita harapkan semoga Majlis Sambutan Aildilfitri ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Bersama-sama kita meriahkan majlis ini. Wassalam.

Sebarang perubahan dan perkembangan program ini akan diupdatekan dalam blog ini, InsyaAllah.

Ada sebarang pendapat dan idea? Jangan malu-malu, jangan segan-segan taipkan saja kata-kata anda pada ruangan komen di bawah ini.

11 comments:

qt maira said...

salam,
nak tanya, kalau nak join majlis hari raya ni... nak bg tau sapa?? takkan pakai redah ajer kot... nak byr kat sapa, kul brp start...yang paling penting sume batch ker?? hehe...tlg jwb mr gembala...tq..

Gembala Kambing said...

Wassalam,
untuk pengetahuan Puan Roziyawati, majlis ini terbuka untuk semua batch dari batch pelajar terawal SAMTEN ditubuhkan 1983 sehingga batch yang terbaru 2008. Semua dialu-alukan hadir.

Mengikut perancangan majlis akan bermula selepas Isya'. Setakat ini kami berusaha sedaya yang mungkin untuk mencari tajaan untuk majlis ini,tak nak la membebankan ahli, harapan kami ialah untuk mengumpulkan seramai yang mungkin bekas-bekas pelajar SAM Hulu Langat.Ye la bukan senang berjumpa pada waktu-waktu lain. Inilah peluangnya untuk menjalinkan ukhwah sesama kita, bersama mengimbau memori dalam suasana Aildilfitri.

InsyaAllah kalau ada perubahan dari segi tempat, tarikh, masa dan sebagainya akan dikemaskinikan dalam blog ini.

Terima kasih ye Puan dalam melawat blog ni, sokongan yang diberikan amatlah dihargai.

abufawwaz albakri said...

dr. minggu lepas aku ada call s/u, dia kata majlis raya ni tak dibincangkan secara khususkan?

Anonymous said...

salam...ahli shj ker..yg bukan ahli mcm mane erk??

Gembala Kambing said...

Salam utk abg Kerol..

Setakat ini tarikh dan masa insyaAllah tetap. Bukan apa, beritahu awal2 ni utk kemudahan semua..book tarikh dulu, senang la bg siapa yg nak pg.Sekurang-kurangnya ada la perancangan utk 17 oktober tue. Apapun kita akan bincangkan lagi dalam mesyuarat yang seterusnya.

Utk anonymous...
Majlis ini terbuka utk bekas-bekas pelajar SAMTEN. Maksudnya siapa yang pernah sekolah SAMTEN blh la dtg, x kisah la siapapun, belajar sampai SPM ke, PMR ke, belajar setahun je ke. Untuk pengetahuan, SEMUA bekas pelajar SAMTEN adalah ahli ALUMNI, yg bezakan sama ada berdaftar atau tidak sahaja,hehehe.
Semua dijemput hadir bersama keluarga masing-masing. Bersama kita meriahkan suasana. Sekian.

abufawwaz albakri said...

ok dr. bagus la cam gitu. bila agaknya nak buat mesyuarat tu? aku ada cadangan nak sampaikan ni. ehehe.

Gembala Kambing said...

Hmm, tu kena tanya YDP ngan SU la bang...kalu kite je mtg kt kedai mamak pun jalan, huhu.

Anonymous said...

kalau ade update, please update me - 012-202 0660 @ zuladhha@yahoo.com. Kalau tak de aral, saya join.. insyaAllah...

K.Yong said...

Insyallah saya akan hadir..tak sabar rasanya nak jupe kwn2 lama batch 1998.. harap2 ramai lah yg dtg.

Gembala Kambing said...

Anonymous:
InsyaAllah,kami akan cuba updatekan melalui blog dan facebook alumni, jika tak dapat boleh contact mana2 individu yang telah dinyatakan namanya.

K.Yong:
Terima kasih atas sambutan, bolehla contact mana2 sahabat yang dikenali untuk sama2 hadir. Harap tolonglah sebar-sebarkan majlis ni ye. Ramai datang lagi best.

Anonymous said...

Saya berdoa agar majlis ini berjalan lancar & berjaya. Saya sekeluarga tidak dapat menyertainya disebabkan telah kembali bertugas semula ke Abu Dhabi, UAE pd 30 Sept lalu. Ustaz Fathur Rahman telah diberitau hal ini & minta sampaikan salam buat semua guru2 SAMTEN. Terima Kasih