Thursday, August 13, 2009

Majlis Sambutan Aildilfitri

InsyaAllah, Jawatankuasa Alumni SAMTEN akan mengadakan Majlis Sambutan Aildilfitri Persatuan Alumni Sekolah Agama Menengah Hulu Langat 2009 pada 17 Oktober 2009 (28 Syawal), 8.30 malam di Dewan Azzamakhsyari, Sekolah Agama Menengah Hulu Langat.



Bersama kita eratkan ukhwah, bersama kita bermaaf-maafan, bersalam-salaman (eh macam lagu raya pulak!).

Majlis ini akan diserikan lagi dengan kehadiran guru-guru yang telah banyak mendidik kita.
Apa khabar mereka agaknya? Tidak rindukah kita dengan Cikgu Hasbollah (Cikgu Abol), Ustaz Hasmuri, Ustazah Jamaliah, Cikgu Zaini, Cikgu Rosmilah, Cikgu Zain, Cikgu Atifah, Ustazah Jamaliah, Ustaz Manaf, Ustaz Arsyad dan banyak lagi (kalau tulis satu persatu penuh blog ni,huhu)...masih terngiang-ngiang lagi suara mereka dalam sanubari, masih segar lagi ingatan mereka pada diri.

Apa khabar agaknya rakan-rakan kita?Rakan-rakan satu kelas, satu batch, satu dorm, kawan yang sama-sama fly (ops!). Berapa orang anak mereka? Dah berumahtangga ke, belum? Banyak persoalan yang ingin kita tanya betul tak?

Mungkin ada ketidakpuasan hati antara kita yang perlukan penjelasan, penerangan, huraian?
Hmm, buang yang keruh ambillah yang jernih. Lupakan sengketa lama.

Apapun kita harapkan semoga Majlis Sambutan Aildilfitri ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Bersama-sama kita meriahkan majlis ini. Wassalam.

Sebarang perubahan dan perkembangan program ini akan diupdatekan dalam blog ini, InsyaAllah.

Ada sebarang pendapat dan idea? Jangan malu-malu, jangan segan-segan taipkan saja kata-kata anda pada ruangan komen di bawah ini.

Tuesday, August 11, 2009

Album kenangan bowling 2

Di sini ada gambar bowling lagi, jangan marah ye jikalau kualiti gambar tidak memuaskan. Jangan marah juga jika ada sesetengah individu yang muka dia saja yang ada dalam gambar, muka orang lain kurang. Mungkin dia rasa diri dia fotogenik kot, hehehe. Jangan marah tau, sekadar gurauan.

Ada aksi yang kita hendak lihat dan ada aksi yang kita tak ingin lihat pun. Apapun terpulanglah kepada yang si pelihat sama ada perlu di lihat atau tidak...



Hadiah-hadiah yang ditawarkan, hamper je la. InsyaAllah kalau banyak sponsor di masa akan datang kita hadiahkan kereta pula.


Putera dan puteri kesayangan abang Asydi. Cute macam papa dia juga.
Buat ape tu dik ooi!


Jejaka perasan, hehe. 2 orang kat tengah tu dah kahwin dah, 2 orang kat tepi tu bujang lagi.

Eh dik, ko ingat ko ni handsome, ko boleh menang? Abang ni da taraf pro tau...

Bilalah giliran kitorang nak ambik hadiah ni?

Kita sarapan dulu....


Ni macam kumpulan gagak hitam yang hendak mengacau merak kayangan berbaju hijau.

Baling asyik masuk longkang je, baik aku makan kat sini.

Nah, terimalah balingan halilintar membelah bumi.

Peragawan-peragawan tidak bertauliah mempamerkan hadiah tempat ketiga.

Kehangatan bowling masih belum terasa. Ramai peserta sedang merehatkan minda sebelum game yang pertama.


Diorang ni lagi?Kali ini untuk hadiah naib juara pula.

Yeah, strike lagi. Kacang sungguh.

Mengapakah bolaku masuk longkang, mengapa perkara ini terjadi, mengapaaaaa!!!

Ni Ustazah tunjukkan cara mengangkat bola dengan betul, tengok ni tau.

Ambik ni bola spin 234 darjah!

Waa, adik pun nak baling jugak bola bowling tuu, waa (kena baca dengan nada yang sendu).

Kita kena menang ni Ustaz, kita kena gunakan senjata rahsia kita.

Akulah jejaka yang akan membolot anugerah peserta lelaki terbaik, hahahahaha.

Makluman: Kebanyakan caption yang diletak adalah sekadar gurauan semata-mata. Kalau ada yang berkecil hati penulis terlebih dahulu menghulur tangan, memohon maaf. Sekian

Monday, August 10, 2009

Majlis Berbuka Puasa Alumni

Ramadhan hampir menjelang tiba....
Ketibaannya amat kita rindui.....
Awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan dari api neraka.


Menantikan kehadiran bulan Ramadhan

Justeru sempena bulan Ramadhan ini pihak jawatankuasa Alumni SAMTEN menjemput ahli Alumni untuk bersama menyertai Majlis Berbuka Puasa Alumni yang akan diadakan pada 10 September 2009. Tentatif program adalah seperti berikut:

6.30 pm : Kehadiran Alumni di Pejabat Agama Islam daerah Hulu Langat, Kajang.
7.00 pm : Berbuka puasa (Tamar dan air) dan Solat Maghrib berjemaah
7.45 pm : Berbuka puasa di Restoran Malee, Kajang
8.45 pm : Solat Isya' dan Terawih di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat
9.30 pm : Tazkirah ringkas
9.45 pm : Moreh dan bersurai

Bagi memudahkan proses tempahan tempat, ahli alumni yang hadir perlulah mengesahkan kehadiran mereka kepada :


En. Mohd Khairul Anwar bin Hamzah: 012-354 5765
En. Huzairi Hj Yusof : 013-347 9709
En. Fathur Rahman bin Sahibon: 019-206 8254
Cik Halijah binti Osman: 012-932 2857
En. Asydi bin Jamil: 019-262 5365




Anggaran bayaran: RM20-RM30 (Jika ada tajaan, amatlah dialu-alukan)

Segala makluman dan perubahan akan dimaklumkan di blog ini, insyaAllah

Thursday, August 6, 2009

Mari kita melancong


Assalamualaikum. Dengarnya, pihak Alumni Sek. Agama Menengah Hulu Langat di bawah portfolio riadhah dan rekreasi akan mengadakan lawatan ke Indonesia pada pertengahan November ini. Destinasi yang dituju? Jeng,jeng,jeng (kena baca dengan suspen sikit)

Indonesia....


Pantai Parangtritis (tersasul-sasul nak sebutnya), Jogjakarta


Diammu Gunung Merapi

Medan?Bandung?Jogja? Mana-mana pun bisa dong!

Perkembangan lawatan ini akan diupdatekan dari masa ke semasa, insyaAllah. Jadi apa lagi kawan-kawan beritahulah sahabat kita yang lain tentang lawatan ini. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:


En. Huzairi Hj Yusof : 013-347 9709
En. Muhammad Nor Fazali Fazil : 012-584 9085
Cik Sri Mohd Ali : 016-219 7030

Sebarang cadangan dan idea juga boleh dipostkan pada ruangan komen di blog ini. Sebarang tajaan? Lagilah dialu-alukan.

Hmm, sesudah Kejohanan Boling Alumni nampaknya portfolio riadhah dan rekreasi telah menggemparkan Alumni lagi dengan program mega mereka. Bilalah pula program anjuran portflio lain ye? Bersama lah kita nantikan, tunggu....

Wednesday, August 5, 2009

Perlembagaan Alumni

Assalamulaikum,

Untuk makluman semua, perlembagaan alumni SAM Hulu Langat boleh diperolehi dan dimuaturun di sini. Harap semua ahli boleh menyemak dan mengkaji kelemahan-kelemahan supaya pada mesyuarat agong tahun depan bolehlah diusulkan untuk penambahbaikan.

Tuesday, August 4, 2009

Ahli Jawatankuasa Sessi 2009/2010



Gambar sebahagian AJK bagi sessi 2009/2010



1.Tuan Hj Mohd Amin bin Hj Hussin - Yang di-Pertua
2.En. Mohd Hairul Abu Bakar - Naib yang di-Pertua
3.Cik Salizan binti Abdul Aziz - Setiausaha Agong
4.En. Mohd Khairul Anwar bin Hamzah- Naib Setiausaha Agong
5.Cik Azlina binti Arifin - Bendahari Kehormat
6.En. Mustaffa bin Hj. Razali - AJK
7.Pn. Zarina binti Maarof - AJK
8.En. Huzairi bin Yusoff @ Hj. Idris - AJK
9.En. Asydi bin Jamil - AJK
10.Cik Sri binti Mohd Ali - AJK
11.En. Shahrun Nizal bin Mohd. Nor - AJK
12.En. Mohd Shahid bin Shahrun - AJK
13.En. Muhammad Nor Fazali bin Fazil - AJK
14.En. Ahmad Hafez - AJK
15.En. Mohd. Nur Hisham bin Adnan - AJK
16.Pn. Aspalela binti Hasan - AJK
17.Cik Halijah binti Osman - AJK
18.En. Fathur Rahman bin Sahibon - AJK
19.En. Khalid - AJK
20.Cik Intan Sajidah binti Abdul Aziz - AJK
21.En. Husaini - AJK
22.Dr. Asrizam bin Mustafah - Juruaudit
23.Pn. Zakiah binti Said - Juruaudit

Album kenangan bowling 1

Johan Kejohanan Bowling Alumni.
Diketuai oleh YDP Alumni. Pengarah program pun join team ni juga.


Naib Johan Kejohanan Bowling Alumni.
Korang memang power...semua satu batch ni.



Pemenang tempat ketiga kejohanan bersama pengarah program.
Ni macam semua muka urusetia je ni, tak aci!



Aksi pemain profesional, jurus jejak tanpa bayang.


Ustaz Hamzah, Ustazah Fadilah dan anak-anak.
Bola mana yang nak pakai ni?



Peserta terbaik wanita.
Tangan yang menghayun buaian mampu menghayun bola bowling
dan strike pulak tu!

Peserta terbaik lelaki.
Abang ni hampir-hampir nak wakil Malaysia ni, tapi tak jadi sebab....
hmm, tanyalah dia sendiri.


Suasana Kejohanan Bowling Alumni ni memang meriah.



Antara guru yang hadir memberi sokongan dan menunjukkan skill skali.
Ustaz Hamzah, Cikgu Rosmilah dan suami.
Yang pakai cap tu bukan cikgu, tapi kalau nak berkenalan boleh la.


Pemenang-pemenang bersama pihak penganjur.
InsyaAllah, kejohanan akan datang kita bertemu lagi.