Monday, June 22, 2009

Terima Kasih

Assalamulaikum,

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kepada semua bekas pelajar SAM Hulu Langat yang hadir pada Mesyuarat Agong Pertama Persatuan Alumni SAM Hulu Langat dan khasnya kepada Ust. Abd. Manaf Rofaei yang berbesar hati datang untuk merasmikan mesyuarat agong tersebut. Tidak lupa juga kepada semua AJK penaja yang telah bertungkus lumus mengendalikan mesyuarat agong tersebut, TAHNIAH buat anda semua.
Semoga segala sumbangan tuan puan akan dibalas oleh Allah dengan sebesar ganjaran.
Tahniah juga kepada batch 1995 dan 2004 kerana telah berjaya menghantar wakil yang ramai.
InsyaAllah pihak kami akan muat naik gambar pada hari mesyuarat agong dan gambar AJK untuk sessi 2009-2010.

SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI DI MESYUARAT AGONG PADA TAHUN DEPAN. INSYAALLAH.