Monday, June 8, 2009

Tawaran Gerai Sempena Mesyuarat Agong Alumni

Assalamualaikum,

Untuk makluman semua, Persatuan Alumni Sekolah Agama Menengah Hulu Langat menawarkan gerai untuk disewa oleh bekas pelajar sempena dengan Mesyuarat Agong Ke-1.

Jumlah gerai adalah terhad kepada 20 gerai sahaja. Sewa yang dikenakan adalah berpatutan iaitu RM25.00 sahaja . Pihak kami akan menyediakan meja dan kerusi sahaja.

Jenis jualan/perkhidmatan yang ditawarkan oleh penyewa adalah bebas.

Jadi, semua bekas pelajar bolehlah mengambil kesempatan untuk memperkenalkan perniagaan mereka semasa mesyuarat agong ini.

Sesiapa berminat bolehlah menghubungi terus kepada saya untuk menempah tapak.
*Cabutan no. tapak akan dibuat pada 20 Jun 2009.

No comments: