Monday, June 22, 2009

Terima Kasih

Assalamulaikum,

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kepada semua bekas pelajar SAM Hulu Langat yang hadir pada Mesyuarat Agong Pertama Persatuan Alumni SAM Hulu Langat dan khasnya kepada Ust. Abd. Manaf Rofaei yang berbesar hati datang untuk merasmikan mesyuarat agong tersebut. Tidak lupa juga kepada semua AJK penaja yang telah bertungkus lumus mengendalikan mesyuarat agong tersebut, TAHNIAH buat anda semua.
Semoga segala sumbangan tuan puan akan dibalas oleh Allah dengan sebesar ganjaran.
Tahniah juga kepada batch 1995 dan 2004 kerana telah berjaya menghantar wakil yang ramai.
InsyaAllah pihak kami akan muat naik gambar pada hari mesyuarat agong dan gambar AJK untuk sessi 2009-2010.

SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI DI MESYUARAT AGONG PADA TAHUN DEPAN. INSYAALLAH.

Wednesday, June 17, 2009

Terkini ! Gerai.

Untuk makluman semua, setakat ini 4 gerai yang sudah ditempah (Pemilik-pemilik gerai masih lagi di monopoli oleh batch 1995). antara barangan yang bakal dijual ialah kek dan roti, barangan HPA, onedropperfume, minuman jus dari timur tengah.

Penyertaan masih lagi dibuka. kita masih lagi mencari usahawan-usahawan samten untuk bersama-sama memperkenalkan produk mereka.

Selain kita datang untuk bermesyuarat, marilah kita jadikan mesyuarat ini sebagai wadah memperkenalkan produk kita. Tak kira ada syarikat besar ker atau part time bisnes ker atau apa2 yang boleh dikongsikan. Mungkin yang datang mesyuarat kita ini boleh memberi impak yang besar kepada perniagaan kita. Ayuh!!!

Tuesday, June 16, 2009

Agenda Mesyuarat

AGENDA
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI PERTAMA
PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH AGAMA MENGNGAH HULU LANGAT


Tarikh : 21 Jun 2009 (Ahad)
Masa : 9.00pagi – 1.15 petang
Tempat : Dewan Az-Zamakhsyari
Sekolah Agama Menengah Hulu Langat
Batu 10, Cheras



1. Ucapan Aluan Yang Dipertua Jawatankuasa Penaja
2. Pembentangan Laporan Aktiviti Persatuan
3. Pembentangan Penyata kewangan yang telah diaudit
4. Pembubaran Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni SAMTEN
5. Pemilihan Jawatankuasa Kerja Persatuan Alumni SAMTEN
• Yang di Pertua
• Naib Yang di Pertua
• Setiausaha
• Naib Setiausaha
• Bendahari
• Lapan orang AJK
• Dua orang Juru Audit

6. Pembentangan Usul
7. Pelancaran Pertandingan Mereka Logo Persatuan
8. Ucapan Penutup Yang Dipertua

Monday, June 8, 2009

Tawaran Gerai Sempena Mesyuarat Agong Alumni

Assalamualaikum,

Untuk makluman semua, Persatuan Alumni Sekolah Agama Menengah Hulu Langat menawarkan gerai untuk disewa oleh bekas pelajar sempena dengan Mesyuarat Agong Ke-1.

Jumlah gerai adalah terhad kepada 20 gerai sahaja. Sewa yang dikenakan adalah berpatutan iaitu RM25.00 sahaja . Pihak kami akan menyediakan meja dan kerusi sahaja.

Jenis jualan/perkhidmatan yang ditawarkan oleh penyewa adalah bebas.

Jadi, semua bekas pelajar bolehlah mengambil kesempatan untuk memperkenalkan perniagaan mereka semasa mesyuarat agong ini.

Sesiapa berminat bolehlah menghubungi terus kepada saya untuk menempah tapak.
*Cabutan no. tapak akan dibuat pada 20 Jun 2009.

Monday, June 1, 2009

Mesyuarat Agong ke-1

Assalamualikum,
berikut ialah maklumat terbaru hasil dari mesyuarat malam tadi.

tarikh mesyuarat dipinda kepada 21 Jun 2009.

kaunter pendaftaran akan dibuka pada hari tersebut. yuran keahlian RM5. Yuran tahunan RM20.00.

Sarapan dan makan tengahari akan disediakan.

Mesyuarat dijangka dirasmikan oleh yang berbahagia Ust. Abd. Manaf Rofei.

Agenda mesyuarat dan perjalanan program akan dikemukakan dalam masa terdekat.

InsyaAllah saya akan mengemaskini maklumat terbaru.

Sesiapa ada cadangan dan komen sila kemukakan kepada pihak kami