Wednesday, April 8, 2009

Objektif Dan Tujuan

Objektif Penubuhan Alumni
Menghargai jasa dan sumbangan yang penuh bermakna kepada pihak SAMten yang merangkumi tenaga pengajar, pihak pentadbiran dan pengurusan sekolah, pekerja-pekerja am dan masyarakat setempat yang sehingga kini masih tidak jemu-jemu meneruskan perjuangan dan memartabatkan anak didiknya mencapai kecemerlangan dalam semua bidang

Tujuan Penubuhan Alumni
• Memupuk perasaan persaudaraan dan muhibbah, sesama bekas pelajar Sekolah.
• Merapatkan lagi perhubungan antara bekas pelajar dengan pihak Sekolah dan dengan guru.
• Mengadakan kegiatan-kegiatan kemasyarakatan, ekonomi, kebudayaan, pelajaran dan rekreasi.
• Mengatur, merancang dan/atau mengambil bahagian di dalam projek-projek tatarakyat dan kemasyarakatan.
• Memberi pertolongan kepada pelajar-pelajar Sekolah untuk meningkatkan kebajikan pelajaran.
• Mempereratkan lagi perhubungan ibubapa pelajar dan bekas pelajar dengan pihak sekolah.
• Memelihara dan mengembangkan kepentingan dan kemakmuran Sekolah dan meninggikan mutunya dalam semua bidang terutama dari segi pembelajaran, sukan dan Agama Islam.
• Menganjurkan rancangan-rancangan dan kegiatan bagi memungut derma untuk mencapai matlamat-matlamat Persatuan.
• Memelihara, memperjuangkan dan mengekalkan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai
bahasa rasmi dalam semua bidang.

No comments: