Friday, April 24, 2009

kaunter pendaftaran

Assalamulaikum.

Kami, AJK penaja Persatuan Alumni Sekolah Agama Menengah Hulu Langat akan membuka kaunter pendaftaran keahlian dan pendaftaran bowling muhibbah seperti berikut

Tarikh : 26 April 2009
Masa : 9.30 pg
Tempat : Sekolah Agama Menengah Hulu Langat.
Kaunter ini dibuka sempena hari Anugerah Sekolah Agama Menengah Hulu Langat.
Oleh itu sesiapa yang ingin mendaftar keahlian atau bowling bolehlah datang seperti tarikh diatas.

Segala kemusykilan sila hubungi saudara Khairul Anuar (012-3545765

Wednesday, April 15, 2009

Bowling Muhibbah

Assalamulaikum,

Dibawah ini ialah maklumat lanjut berkenaan dengan pertandingan bowling yang dijanjikan:

Tarikh : 17 Mei 2009 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : A-Bess Bowling Centre. South City Plaza, Seri Kembangan
Bayaran : RM22.00/seorang/3frame - termasuk kasut, yuran pendaftaran

Penyertaan dibuka kepada pasukan dan individu (dicadangkan berpasukan - 5 orang)
Penyertaan adalah terhad (50 orang @ 10 pasukan), jika terdapat permintaan yang tinggi kami akan cuba dapatkan tambahan (jika masih ada kekosongan).
Bayaran boleh dibuat atas nama Persatuan Alumni Sekolah Agama Menengah Hulu Langat, no akaun 162384828015 - Maybank

Tarikh tutup penyertaan pada 10 mei 2009.

Segala pertanyaan bolehlah dihantar komen atau emailkan saja pada kami di alumni_samten@yahoo.com
atau boleh hubungi
sdr. khairul anuar 012-3545765
sdr. hairul 019-3802496

"SIAPA CEPAT DIA DAPAT"

Semoga kita berjumpa disana, InsyaAllah.

Thursday, April 9, 2009

Selamat Datang Ahlan wa Sahlan

Selamat datang ke wajah baru blog alumni samten.
Semoga wajah baru memberi semangat dan harapan kepada alumni samten untuk menambah keahlian.

Wednesday, April 8, 2009

Objektif Dan Tujuan

Objektif Penubuhan Alumni
Menghargai jasa dan sumbangan yang penuh bermakna kepada pihak SAMten yang merangkumi tenaga pengajar, pihak pentadbiran dan pengurusan sekolah, pekerja-pekerja am dan masyarakat setempat yang sehingga kini masih tidak jemu-jemu meneruskan perjuangan dan memartabatkan anak didiknya mencapai kecemerlangan dalam semua bidang

Tujuan Penubuhan Alumni
• Memupuk perasaan persaudaraan dan muhibbah, sesama bekas pelajar Sekolah.
• Merapatkan lagi perhubungan antara bekas pelajar dengan pihak Sekolah dan dengan guru.
• Mengadakan kegiatan-kegiatan kemasyarakatan, ekonomi, kebudayaan, pelajaran dan rekreasi.
• Mengatur, merancang dan/atau mengambil bahagian di dalam projek-projek tatarakyat dan kemasyarakatan.
• Memberi pertolongan kepada pelajar-pelajar Sekolah untuk meningkatkan kebajikan pelajaran.
• Mempereratkan lagi perhubungan ibubapa pelajar dan bekas pelajar dengan pihak sekolah.
• Memelihara dan mengembangkan kepentingan dan kemakmuran Sekolah dan meninggikan mutunya dalam semua bidang terutama dari segi pembelajaran, sukan dan Agama Islam.
• Menganjurkan rancangan-rancangan dan kegiatan bagi memungut derma untuk mencapai matlamat-matlamat Persatuan.
• Memelihara, memperjuangkan dan mengekalkan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai
bahasa rasmi dalam semua bidang.

Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Kali-1

Assalamulaikum,

Segala Puji Bagi Allah tuhan yang mentadbir sekelian Alam
Selawat Dan Salam Atas Junjungan Besar Rasullah, Keluarganya serta sekialn Sahabatnya

Sebagai Makluman, satu mesyuarat telah diadakan pada 22 Disember 2007 di Sekolah Agama Menengah Hulu Langat untuk memilih Jawatankuasa Penaja bagi memenuhi keperluan pendaftaran. Seramai 22 orang bekas pelajar SAMTEN telah hadir bagi menjayakan tujuan mesyuarat tersebut. Hasil dari mesyuarat tersebut, satu jawatankuasa penaja telah berjaya dibentuk, dan mereka ialah seperti berikut:

Yang di Pertua - Mohd Amin bin Hussin (1983 - kemasukan ke SAMTEN)
Timbalan Yang di Pertua - Mohd Hairul Abu Bakar (1991)
Setiausaha - Salizan binti Abdul Aziz (1990)
Naib Setiausaha - Mohd Khairul Anwar bin Hamzah (1995)
Bendahari - Farah Wahidda Zulkeffli (1995)
AJK - Noor Yazri bin Madan Johari (1991/1992)
AJK - Asrizam bin Mustafah (1997)
AJK - Ahmad Mukarrami bin Ab Mumin (1997)
AJK - Radzuan bin Abdu Rahman (1991)
AJK - Nur Kamilah bt. Zaini
AJK - Nurul Farhana bt Mohd Salim (2001)
AJK - Intan Sajidah binti Abdul Aziz (1993)
AJK - Farah Salwani bte Shah Wahid
Juru Audit - Muhammad Syafizie bin Md Amin
Juru Audit - Norhazwany binti Hayatul Kamil

Hasil mesyuara tersebut beberapa keputusan telah dicapai, antaranya:

  • Nama persatuan _Persatuan Alumni Sekolah Agama Menengah Hulu Langat
  • Logo - sepertimana yang dapat dilihat pada muka blog
  • Yuran pendaftaran dan yuran tahunan
  • perlembagaan
  • akaun Bank
  • borang keahlian

walaubagaimana pun, semua perkara diatas hanyalah bersifat sementara, sebelum satu mesyuarat agong dibuat. Oleh yang demikian Jawatankusa Penaja Mengharapkan sokongan dan doa daripada semua bekas pelajar Sekolah Agama Menengah Hulu Langat.