Friday, February 5, 2016

Logo Dan Motto






Logo dan Motto Alumni SAM Hulu langat

Logo di inspirasi dari lencana sekolah dengan sedikit ubahsuai menjadikan ia berbentuk lonjong/oval (بيضوي) (betul ker arab tu???..ehehe)

Motto plak ialah :  فاستبقوا الخيرات yang bermaksud berlumbalah sekalian kamu akan berbuat kebajikan.

Firman Allah Jalla wa 'Alla



ولِكُلٍّ وِجْهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَا فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ

أَيْنَمَا تَكُونُوا يَأْتِ بِكُمُ اللَّهُ جَمِيعًا إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ     
" Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah kamu (dalam berbuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."
 QS. Al-baqarah : 148

ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ
        “Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan di antara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah karunia yang amat besar.”
QS. Al-Fathir : 32

Wednesday, November 18, 2015

Sekitar Mesyuarat Agung Alumni SAM Hulu Langat

 Sejurus sebelum mesyuarat dimulakan



Kantin tempat kami bermesyuarat... kelihatan (meja depan) pengerusi tetap (bidan terjun) en. nawawi, YDP (berkopiah putih) dan Setiausha (baju kurung biru)

Antara cenderahati yang dibawa balik oleh mereka yang hadir selain cabutan bertuah. Kopi telah ditaja oleh Puan Aini Zalina (batch 95) yang dipos dari Baling Kedah.

Tuesday, October 27, 2015

Road Not Taken (part2)

Assalamulaikum,


Tarikh : 30 & 31 Januari 2015
Tempat : Dewan Az-Zamakhsyari (SAM Hulu Langat)

Alumni SAM Hulu Langat Batch 2010 telah manganjurkan suatu program yang diberi nama Road Not Taken (RNT) di SAM Hulu Langat Bt 10 Cheras (SAMTEN). Program ini telah dianjurkan dengan kerjasama Alumni SAM Hulu Langat Batch 2009 dan 2011, dan Persatuan Alumni SAM Hulu Langat. Program ini bertujuan untuk membantu adik-adik di SAMTEN dalam memilih laluan dan bidang selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Program ini merupakan kesinambungan daripada RNT 1 yang telah dijalankan pada tahun 2013 di surau SAMTEN.


OBJEKTIF PROGRAM

a) Membantu adik-adik tingkatan 4 dalam memilih laluan selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
b) Berkongsi pengalaman tentang membuat keputusan untuk memilih universiti, kolej, matrikulasi dan lain-lain.
c) Memberi pendedahan kepada para peserta untuk berfikir secara kritis.
d) Memberi pendedahan terhadap laluan yang akan di pilih selepas tamat persekolahan agar para pelajar dapat memilih dengan jelas dan tepat berdasarkan minat dan bukan kerana ikutan semata-mata.
e) Merapatkan hubungan di antara bekas pelajar dan pelajar di SAMTEN (Junior dan Senior).

Penutup:



Program RNT 2.0 merupakan kesinambungan daripada RNT 1.0 yang juga menggunakan konsep dan tujuan yang sama untuk membantu adik-adik di SAM Hulu Langat sebagai sumbangan daripada pihak Alumni SAM Hulu Langat membantu pihak sekolah. Insya Allah, program seperti akan diteruskan pada masa hadapan dengan penambahbaikan yang akan dilaksanakan. Jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi peluang ini untuk menjalankan program seperti di SAM Hulu Langat. Jutaan terima kasih juga kepada pihak kaunseling yang banyak membantu dalam menjayakan program ini.
Terima kasih kepada pihak Alumni SAM Hulu Langat yang sudi memberi sumbangan kepada pihak penganjur untuk menjalankan program RNT 2.0 ini. Jutaan penghargaan kepada para fasilitator yang sudi mengorbankan masa mereka untuk menjayakan program ini. Akhir kalam, “Kita Bantu Agama Allah, Allah Akan Bantu Kita”.

(SYAHMI BIN SULEIMAN)
Pengarah Program,
Alumni SAM Hulu Langat Batch 2010,